Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki miliki tiket loteri haram didenda
  • JENAYAH

Dua lelaki miliki tiket loteri haram didenda

Utusan Sarawak 2 years ago
Tertuduh Detta Pasetta, 18, dari Sambas, dan Yanto, 32, dari Bengkayang atas pengakuan bersalah mereka sendiri atas pertuduhan mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

KUCHING: Padah memiliki tiket loteri haram, dua lelaki warga Indonesia masing-masing didenda RM1,000 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. 

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh Detta Pasetta, 18, dari Sambas, dan Yanto, 32, dari Bengkayang atas pengakuan bersalah mereka sendiri atas pertuduhan mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Detta dan Yanto ditemui bersama tiket loteri haram itu di sebuah pondok di Astana Lot, Petra Jaya sekitar 3.00 petang pada 13 Jun lepas. 

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis melakukan serbuan dan memeriksa dua lelaki yang berada di premis itu.

Hasil pemeriksaan mendapati Detta dan Yanto terlibat dalam penjualan loteri haram.

Mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan sebuah telefon bimbit serta sejumlah wang tunai telah dirampas. 

Siasatan mendapati mereka membeli tiket loteri haram menggunakan telefon bimbit itu.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Insp Mohd Adzmei Ahmad manakala Detta dan Yanto tidak diwakili peguam bela.

Oleh NICKELYSON LAKUN 

Continue Reading

Previous: Bekas polis menyamar lagi sebagai polis dijatuhi hukuman mahkamah
Next: Polis Marin rampas 10,400 liter diesel bernilai RM81,300

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.