Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua lelaki maut tersepit dalam treler bawa muatan jentera berat
  • KEMALANGAN

Dua lelaki maut tersepit dalam treler bawa muatan jentera berat

Utusan Sarawak 9 hours ago

TERSEPIT…Dua lelaki maut selepas tersepit dalam sebuah treler membawa muatan jentera berat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Miri Bypass, di Miri petang tadi. Foto JBPM Sarawak.

MIRI: Dua lelaki maut selepas tersepit dalam sebuah treler membawa muatan jentera berat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Miri Bypass, di sini petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.20 petang sebelum menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba  mendapati mangsa tidak dapat dikeluarkan kerana kedudukan jentera berat yang masih berada di atas treler.

“Anggota bomba membuka pintu bahagian pemandu terlebih dahulu untuk memberi ruang kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pemeriksaan.

“Kedua-dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi seterusnya memerlukan bantuan kren bagi mengangkat dan mengalihkan jentera berat sebelum proses mengeluarkan mangsa diteruskan.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dalam kemalangan motosikal berhampiran Kem Belia Pueh
Next: Lori sawit melintang, misi bomba ke lokasi tumpahan minyak tergendala

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.