Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan terlibat kes pecah rumah di Roban, hasil curi dijual RM25 demi dadah
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan terlibat kes pecah rumah di Roban, hasil curi dijual RM25 demi dadah

Utusan Sarawak 15 hours ago
POLIS berjaya menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah dan curi yang berlaku di Kampung Melayu Roban, dekat sini, melibatkan kerugian dianggarkan RM1,200. Foto: IPD Saratok

ROBAN: Tindakan licik dua lelaki tempatan yang dipercayai memecah masuk sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan di Kampung Melayu Roban akhirnya membawa padah apabila kedua-duanya berjaya ditahan polis dalam serbuan berasingan, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada seorang petani berusia 31 tahun pada 24 Mei lalu berhubung kejadian pecah rumah yang berlaku di kediaman ibunya.

Menurut beliau, pengadu mendapati pintu utama rumah yang tidak didiami sejak Januari tahun ini mempunyai kesan umpil sebelum pemeriksaan lanjut mendapati beberapa barangan perhiasan rumah jenis tembaga serta sebuah mesin rumput telah hilang.

“Jumlah kerugian yang dialami mangsa dianggarkan sebanyak RM1,200,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat dan hasil risikan, sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok menjalankan operasi di sekitar kawasan Roban semalam dan berjaya menahan dua suspek lelaki berusia 32 dan 37 tahun.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. 

Semakan rekod jenayah lampau turut mendapati suspek berusia 32 tahun mempunyai satu rekod kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, manakala suspek berusia 37 tahun mempunyai empat rekod lampau membabitkan kes curi kenderaan, curi dalam bangunan dan kesalahan dadah.

Siasatan awal mendedahkan suspek pertama dipercayai memecah masuk rumah berkenaan pada 30 April lalu dengan merosakkan mangga pintu menggunakan sebatang kayu sebelum melarikan beberapa barangan antik.

Menurut DSP Mathew, suspek kemudiannya membawa barang-barang curi tersebut ke rumah suspek kedua untuk dirakam gambar menggunakan telefon bimbit bagi tujuan pemasaran dan jualan menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, selepas gagal mendapatkan pembeli, kedua-dua suspek dipercayai menjual kesemua barangan antik berkenaan di sebuah kedai barangan lusuh di Roban pada harga hanya RM25.

Wang hasil jualan tersebut dipercayai digunakan untuk membeli bekalan dadah bagi kegunaan sendiri.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan curi, yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda jika disabitkan kesalahan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis kesan lelaki bantu siasatan kes tetak di Kampung Sinampuan, Sundar
Next: Polis tahan lelaki disyaki terlibat samun berkumpulan bersenjata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.