Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan suspek dadah dalam serbuan kebun sawit
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan suspek dadah dalam serbuan kebun sawit

Utusan Sarawak 2 days ago
DUA suspek ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di kawasan kebun sawit di Jalan Lama Metading–Selangau, semalam. Foto IPD

MUKAH: Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di kawasan kebun sawit di Jalan Lama Metading–Selangau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata kedua-dua suspek berumur 23 dan 29 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kira-kira 11.30 pagi hasil maklumat risikan.

DUA suspek ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Foto IPD

“Semasa serbuan dijalankan, kedua-dua suspek cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis dan bertindak agresif, menyebabkan pasukan serbuan terpaksa menggunakan kekerasan minimum bagi memastikan tangkapan berjaya dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati setiap suspek memiliki satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat masing-masing 0.41 gram dan 0.43 gram.

Menurutnya, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM220.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Rizal berkata kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh direman masing-masing sehingga 8 Januari dan 9 Januari bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lima lelaki tempatan ditahan di Lawas, positif dadah
Next: Syabu ditemui dalam kotak rokok, lelaki dicekup di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.