Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan positif dadah Ops Tapis Khas di Bintangor
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan positif dadah Ops Tapis Khas di Bintangor

Utusan Sarawak 1 day ago
DITAHAN… Dua orang suspek kes penyalahgunaan dadah ditahan oleh pihak polis IPD Meradong. Foto IPD Meradong 

BINTANGOR: Dua orang lelaki ditahan oleh sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong kerana disyaki terlibat dengan kegiatan dadah.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata kedua-dua suspek ditahan di sekitar kawasan Bintangor, baru-baru ini. 

“Pada Khamis lepas, lebih kurang 8.15 malam, sepasukan polis menjalankan Ops Tapis Khas dan telah menahan kedua-dua suspek tersebut. 

“Saringan awal ujian air kencing di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Meradong mendapati kedua-dua lelaki tersebut positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. 

“Berdasarkan semakan rekod lampau, kedua-dua suspek berumur 34 dan 39 tahun tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. 

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

“Pihak kami memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut. 

“Saya menggesa supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong melalui talian 084-693222,” tegasnya. 

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Buruh warga asing miliki dadah ditahan
Next: PDRM pergiat operasi cegah jenayah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.