Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan positif dadah di Bau
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan positif dadah di Bau

Utusan Sarawak 6 hours ago
DUA lelaki berusia 40 tahun ditahan polis selepas ujian saringan awal mendapati mereka positif amphetamine dan methamphetamine.

BAU: Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam ujian saringan awal air kencing yang dijalankan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata, kedua-dua suspek ditahan sekitar 3.00 petang selepas keputusan ujian mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Susulan keputusan ujian tersebut, kedua-dua individu ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek pertama ialah pemandu lori berusia 40 tahun dari Kampung Serikin, Bau dan mempunyai rekod lampau di bawah seksyen sama. Suspek kedua, juga berusia 40 tahun, merupakan buruh kasar dari Bukit Katil, Melaka dan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku kali terakhir mengambil dadah jenis syabu tiga hari sebelum ditahan.

Tiada sebarang rampasan dadah atau barangan lain dibuat dalam kes tersebut.

Kedua-dua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Tiga suspek curi meter air ditahan di Bintulu
Next: Polis Sarikei tumpas tiga suspek pengedar dadah dalam Op Tapis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.