Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan positif dadah dalam Ops Tapis di Bintangor
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan positif dadah dalam Ops Tapis di Bintangor

Utusan Sarawak 6 hours ago
DUA suspek ditahan oleh pihak polis dalam Ops Tapis pada pagi tadi. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas Ops Tapis yang dijalankan oleh pasukan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, hari ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata kedua-dua suspek yang masing-masing berumur 26 dan 27 tahun ditahan kira-kira 9.40 pagi ketika operasi dijalankan bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.

Katanya, kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke IPD Meradong bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

“Saringan ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong, didapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau, didapati kedua-dua suspek mempunyai satu rekod bersabit kesalahan dadah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Kami menggesa supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Vesel tangki bawa minyak tanpa lesen ditahan Maritim Malaysia
Next: Polis Sibu tahan enam individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.