Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan positif dadah dalam operasi di Lawas
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan positif dadah dalam operasi di Lawas

Utusan Sarawak 5 hours ago
DUA SUSPEK… Lelaki berusia 24 dan 58 tahun ditahan setelah didapati positif ujian air kencing mengandungi dadah.
 

LAWAS: Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, memaklumkan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 58 tahun ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, dalam operasi pertama di hadapan sebuah rumah di tepi Jalan Trusan, Lawas, sepasukan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Pemeriksaan badan tidak menemui sebarang barang salah atau dadah. Namun, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam operasi berasingan di lokasi sama, sepasukan polis turut menahan sebuah kereta yang dinaiki seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun, juga bekerja sebagai buruh, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan ke atas badan dan kenderaan tidak menemui sebarang barang salah atau dadah.

Bagaimanapun, hasil ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis Amp & Meth.

Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki 52 tahun rugi ditipu sindiket menyamar polis di Lawas
Next: Lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas, positif amphetamine dan methamphetamine

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.