Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di Pekan Engkilili
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di Pekan Engkilili

Utusan Sarawak 15 hours ago
Dua lelaki yang ditahan sepasukan polis IPD Lubok Antu dalam satu operasi khas di Pekan Engkilili, hari ini. Foto: IPD Lubok Antu

ENGKILILI: Dua lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu dalam satu operasi khas membanteras penyalahgunaan dadah, dikenali sebagai ‘Op Tapis Khas’ di Pekan Engkilili, hari ini.

Ketua pasukan operasi, Inspektor Harper Kenol mengetuai penahanan kedua-dua suspek selepas menerima maklumat awam dan hasil risikan yang dijalankan di kawasan terbabit.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek menunjukkan keputusan positif bagi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Hasil semakan lanjut mendapati kedua-dua individu tersebut turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kes dadah serta jenayah lain.

Polis menyeru masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah dan dadah yang berlaku di kawasan masing-masing bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala ini.

IPD Lubok Antu turut menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di Daerah Lubok Antu sentiasa terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Construction worker lost life-long savings to scammers
Next: Kes tikam pelajar perempuan: Pelajar lelaki didakwa esok – AGC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.