Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua lelaki ditahan positif dadah dalam Op Bersepadu IPD Saratok
  • Selatan
  • WILAYAH

Dua lelaki ditahan positif dadah dalam Op Bersepadu IPD Saratok

Utusan Sarawak 5 hours ago
OP Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan oleh IPD Saratok di sekitar Lebuh Raya Pan Borneo serta sekitar kawasan pasar, kampung dan taman perumahan di Kabong, Saratok dan Roban, semalam. Foto: IPD Saratok.

SARATOK: Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dilakukan sekitar 3.00 petang ketika anggota membuat rondaan di Jalan Lubok Nitik dalam operasi yang berlangsung dari 3.00 hingga 6.00 petang.

Menurut beliau, semasa rondaan dijalankan, anggota MPV STK 103 telah menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan untuk tujuan pemeriksaan lanjut.

DSP Mathew Manggie.

“Hasil pemeriksaan ke atas dua lelaki tempatan yang berada dalam kenderaan tersebut mendapati kedua-duanya berkelakuan mencurigakan sebelum ujian saringan air kencing dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DSP Mathew berkata, suspek pertama berusia 25 tahun berasal dari Sungai Stok, Sarikei dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes narkotik.

Manakala suspek kedua berusia 23 tahun dari Taman Seroja Indah, Saratok dengan satu rekod lampau berkaitan narkotik.

ANGGOTA polis IPD Saratok menjalankan rondaan mobile semasa Op Bersepadu Pencegahan Jenayah di Jalan Lubok Nitik.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua tangkapan positif dadah jenis amphetamine/methamphetamine,” jelas beliau lagi.

Operasi berkenaan diketuai oleh Inspektor Wealy James dengan kekuatan seramai 17 anggota, melibatkan rondaan secara mobile di Lebuh Raya Pan Borneo serta sekitar kawasan pasar, kampung dan taman perumahan di Kabong, Saratok dan Roban.

Sepanjang operasi tersebut, polis turut membuat pemeriksaan terhadap 30 individu dan 25 kenderaan, selain mengeluarkan 18 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas. 

DSP Mathew menegaskan bahawa Op Bersepadu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menurunkan kadar jenayah indeks, membanteras kes curi kenderaan serta mengesan individu yang dikehendaki pihak berkuasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Larian Malam Ramadan 2026 meriahkan Malam 7 Likur di Kampung Datuk Hilir Simanggang
Next: KMKK perlu terus jadi jambatan kukuh antara kerajaan, rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.