Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan, polis rampas lebih satu kilogram syabu bernilai RM51,397 di Kuching
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan, polis rampas lebih satu kilogram syabu bernilai RM51,397 di Kuching

Utusan Sarawak 14 hours ago
RAMPASAN… Syabu seberat lebih daripada 1kg beserta dengan wang tunai yang bernilai RM3,303 turut disita.

KUCHING: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas lebih satu kilogram(kg) dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM51,397 dalam satu operasi di Kampung Bintawa Ulu di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek berusia 38 dan 51 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching semalam.

Beliau berkata, polis merampas sebanyak 1.03 kg dadah disyaki syabu dalam operasi tersebut.

“Wang tunai berjumlah RM3,303 turut disita kerana disyaki hasil daripada aktiviti pengedaran dadah,” katanya.

Menurut Alexson, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek berusia 38 tahun positif methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek berusia 51 tahun didapati negatif.

Beliau berkata, semakan turut mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 8 hingga 14 Julai mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali jika disabitkan kesalahan.

Alexson berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama daripada orang awam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti berkaitan dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kekal komited memerangi penyalahgunaan dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang, selain menggesa orang ramai menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN di 012-2087222 atau hotline JSJN IPK Sarawak di 017-5929211. Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pembantu jualan tertipu sindiket pinjaman atas talian, wang RM3,270 lesap
Next: Bot tunda, tongkang ditahan Maritim Malaysia akibat pelbagai kesalahan perkapalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.