Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan, polis rampas dadah bernilai RM6,380 di Jalan Stutong
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan, polis rampas dadah bernilai RM6,380 di Jalan Stutong

Utusan Sarawak 4 hours ago
ACP Alexson Naga Chabu berkata, polis merampas sejumlah besar dadah disyaki methamphetamine yang dibungkus dalam beberapa paket plastik lutsinar pelbagai saiz dan warna, dengan anggaran berat keseluruhan 58 gram.

KUCHING: Dua lelaki tempatan berusia 44 tahun ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 semalam pada sekitar 11.35 malam di sebuah kondominium di Jalan Stutong. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, polis merampas sejumlah besar dadah disyaki methamphetamine yang dibungkus dalam beberapa paket plastik lutsinar pelbagai saiz dan warna, dengan anggaran berat keseluruhan 58 gram. Nilai rampasan dadah tersebut dianggarkan sekitar RM6,380.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing awal ke atas kedua-dua suspek menunjukkan keputusan positif bagi amphetamine dan methamphetamine. Bagaimanapun, semakan mendapati kedua-dua individu tiada rekod jenayah lampau.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula 28 Januari hingga 3 Februari bagi membantu siasatan lanjut.

ACP Alexson berkata, kejayaan operasi itu adalah hasil pengumpulan risikan berterusan serta kerjasama orang awam.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kekal komited dalam memerangi dadah demi melindungi generasi kini dan akan datang. Dadah adalah musuh nombor satu negara,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline JSJN di 012-208 7222 atau hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Polis bongkar sindiket pusat panggilan penipuan di Tabuan Jaya
Next: Lelaki warga asing ditahan bersama syabu di tepi jalan Maludam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.