Dua lelaki ditahan, ketamin dirampas dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Kota Samarahan

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA polis memeriksa kenderaan dan mengeluarkan saman kepada pengguna jalan raya dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di Kota Samarahan. Foto IPD Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Dua lelaki tempatan ditahan, manakala satu paket plastik yang disyaki mengandungi ketamin seberat 0.50 gram dirampas dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md, berkata operasi itu melibatkan 21 anggota polis yang terdiri daripada pasukan sekatan jalan raya (SJR), pasukan rondaan Kenderaan Rondaan Bergerak (MPV), serta pasukan serbuan dan tangkapan.

Beliau berkata, sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 58 kenderaan dan 66 individu diperiksa. Tiga keping saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) (K) 257 turut dikeluarkan atas kesalahan mengubah suai ekzos, menggunakan nombor pendaftaran fancy dan tidak mempunyai cermin sisi.

POLIS menahan dua lelaki tempatan dan merampas satu paket plastik disyaki mengandungi ketamin seberat 0.50 gram dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di Kota Samarahan. Foto IPD Kota Smarahan

“Operasi turut berjaya menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Dalam operasi itu, polis turut merampas satu paket plastik yang disyaki mengandungi ketamin seberat 0.50 gram,” katanya.

Irwan Hafiz berkata, operasi berkenaan berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan dalam usaha mencegah jenayah, selain meningkatkan kehadiran serta tindakan penguatkuasaan polis di kawasan pentadbiran IPD Kota Samarahan.

Oleh Connie Chieng

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, pelabur membuat persediaan awal untuk minat belian yang berpotensi berlaku menjelang sambutan Hari Kebangsaan