Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan disyaki terlibat samun berkumpulan di Kuching
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan disyaki terlibat samun berkumpulan di Kuching

Utusan Sarawak 4 hours ago
PIHAK polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes samun berkumpulan yang berlaku di hadapan sebuah kedai di Taman BDC Stampin, Jalan Stutong. Foto: IPD Kuching

KUCHING: Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam satu kes samun berkumpulan yang berlaku di hadapan sebuah kedai di Taman BDC Stampin, Jalan Stutong di sini, selepas menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 11 Jun lalu sekitar 9.44 pagi sebelum menjalankan siasatan dan operasi mengesan suspek.

Menurut beliau, hasil tindakan pantas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia 24 dan 27 tahun pada 13 Jun lalu sekitar 12.15 pagi dan 18 Jun 2026 sekitar 7.00 petang.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing turut menunjukkan mereka positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

ACP Alexson berkata, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai milik mangsa serta sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika melakukan kegiatan jenayah tersebut bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

Dalam pada itu, ACP Alexson menasihatkan orang ramai supaya sentiasa meningkatkan tahap keselamatan kediaman dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera serta memastikan pintu dan pagar sentiasa berkunci, khususnya pada waktu malam.

Beliau turut menggesa masyarakat agar segera menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis menerusi talian 082-244444 bagi membantu usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah di kawasan Kuching.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Polis tahan kelindan lori disyaki rakam wanita di tandas restoran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.