Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Bau
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Bau

Utusan Sarawak 3 hours ago
DUA penagih dadah ditangkap.

BAU: Dua lelaki berumur antara 27 hingga 30 tahun ditahan polis di Kampung Serikin di sini, pada petang Jumaat kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Bau Supt Mohd Haide Bin A Rahman berkata, kedua dua suspek ditahan sekitar 2.00 petang oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Bau.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati kedua dua mereka positif dadah.

 Mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia menegaskan bahawa sebarang penglibatan dalam penyalahgunaan dadah akan diambil tindakan tegas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta menyalurkan maklumat melalui hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di talian 012 208 7222 atau hotline JSJN IPK Sarawak di talian 017 592 9211.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua warga Indonesia dipenjara tiga bulan curi baja sawit
Next: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sri Aman atas kes penipuan telefon, pinjaman tidak wujud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.