Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan disyaki terlibat edar dadah
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan disyaki terlibat edar dadah

Utusan Sarawak 4 months ago
DIRAMPAS… Antara dadah yang dirampas susulan penahanan dua lelaki tempatan di sebuah rumah di kawasan Krokop Miri, kelmarin. 
 

MIRI: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas dadah disyaki pil ekstasi dan syabu bernilai RM397,941.50 dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan Krokop di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan itu dilakukan oleh  sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Katanya,  dua suspek yang berumur 41 dan 50 tahun ditahan kerana  disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Hasil pemeriksaan dan serbuan, pihak polis telah menahan suspek serta merampas sejumlah dadah jenis disyaki 1,579.60 gram pil ekstasi  dan 4,193 gram Methamphetamine.

“Jumlah rampasan bernilai RM397, 941.50.

“Selain itu, turut disita sebuah kereta dianggarkan bernilai RM8,000.00,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Alexson berkata, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama hari bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakansebatan tidak kurang 12 kali sebatan,” katanya.

Dalam pada itu, Alexson menasihatkan masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka untuk segera melaporkannya di mana-mana
Balai Polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pegawai pengurusan tertinggi syarikat penyiaran ditahan, disyaki terlibat pengubahan wang haram
Next: Polis patahkan dua sindiket tipu, rekrut orang ramai sebagai keldai akaun 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.