
LAWAS: Polis Daerah Lawas telah menahan dua lelaki di Daerah Kecil Sundar kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihak polis telah menahan sebuah kereta di kawasan Sundar semalam, selepas mendapati seorang suspek di dalam kenderaan tersebut berada dalam keadaan mencurigakan.
“Pemeriksaan lanjut terhadap suspek yang berusia 32 tahun telah menemui satu tiub straw disyaki syabu berada dalam simpanan suspek.
Suspek telah diuji positif dadah dan ditahan berserta rampasan satu keratan tiub straw disyaki syabu anggaran berat kasar 0.46 gram untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Suspek disiasat mengikut seksyen 12 ADB 1952 dan seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya hari ini.

Pada hari yang sama juga, pihak Polis telah menahan seorang lelaki berusia 37 tahun di Sundar kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp & Meth. Suspek disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Semakan rekod lampau kedua-dua saspek mendapati mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah.
“Pihak Polis sentiasa menjalankan operasi berkaitan dadah di Lawas bagi memastikan pesalah dadah dapat diambil tindakan mengikut undang-undang dan tindakan pencegahan.
Maklumat daripada masyarakat terutama keluarga dan rakan terdekat suspek adalah penting untuk siasatan lanjut pihak Polis,” tambahnya.
Oleh Adeng Edrus
