Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan di Bau, miliki senjata berbahaya dalam kenderaan
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan di Bau, miliki senjata berbahaya dalam kenderaan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITAHAN… Polis Bau menahan dua lelaki selepas menemui beberapa senjata berbahaya yang disembunyikan di dalam kenderaan ketika menjalankan rondaan cegah jenayah di Jalan Kampung Bunga Rampai, Siniawan, hari ini. Foto IPD Bau

BAU: Polis menahan dua lelaki selepas menemui beberapa senjata berbahaya yang disembunyikan di dalam kenderaan ketika menjalankan rondaan cegah jenayah di Jalan Kampung Bunga Rampai, Siniawan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman berkata kedua-dua suspek berusia 36 dan 17 tahun itu ditahan kira-kira 11.30 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Siniawan.

Beliau berkata pihak polis sedang menjalankan rondaan cegah jenayah sebelum ternampak Proton Saga BLM berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemui parang dan besi paip yang disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu. Pemeriksaan di bahagian bonet belakang turut menemui sabit rumput yang telah diubah suai,” katanya.

BARANG rampasan ialah sebilah parang sepanjang kira-kira 21 inci berhulu coklat dan bersarung putih, sabit rumput berhulu paip PVC yang diubah suai, besi paip sepanjang kira-kira 20 inci, Proton Saga BLM serta kunci kereta. Foto IPD Bau

Antara barang rampasan ialah sebilah parang sepanjang kira-kira 21 inci berhulu coklat dan bersarung putih, sabit rumput berhulu paip PVC yang diubah suai, besi paip sepanjang kira-kira 20 inci, Proton Saga BLM serta kunci kereta.

Mohd Haide berkata kedua-dua suspek ditangkap bersama kenderaan tersebut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Semakan juga mendapati pemandu berusia 36 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

Beliau berkata kedua-dua suspek akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk ujian saringan air kencing.

Kes diklasifikasikan sebagai selesai susulan tangkapan yang dibuat.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 47 warga asing termasuk kanak-kanak ditahan di Bintulu – JIM Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.