
PADAWAN: Dua lelaki tempatan berusia 35 dan 38 tahun ditahan dalam satu serbuan dadah yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sebuah rumah di kawasan Siburan, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, operasi sekitar 4.20 petang itu berjaya merampas lima paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 50.40 gram.
Menurutnya, pil Erimin 5 dengan anggaran berat 3.20 gram turut dirampas dalam serbuan berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
Oleh Connie Chieng