Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan dalam Op Tapis Khas, dadah di Lubok Antu
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan dalam Op Tapis Khas, dadah di Lubok Antu

Utusan Sarawak 20 hours ago
DUA lelaki ditahan opis dalam Op Tapis Khas IPD Lubok Antu dalam dua tangkapan berasingan di sekitar daerah ini, semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu menahan dua lelaki dalam Op Tapis Khas selepas dipercayai terlibat dengan pemilikan dadah jenis methamphetamine dalam dua tangkapan berasingan di sekitar daerah ini, semalam.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki warga asing berusia awal 40-an yang ditahan oleh Pasukan Khas IPD Lubok Antu di tempat letak kereta Riverine, Pekan Lubok Antu, kira-kira 10.00 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki satu keratan tiub straw lutsinar berjalur hijau yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 0.29 gram,” menurut kenyataan itu.

Tangkapan kedua pula dibuat ke atas seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an oleh pasukan sama di hadapan pusat kemahiran di Jalan Lubok Antu, kira-kira 5.30 petang, semalam.

Pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki satu keratan tiub straw lutsinar berwarna biru yang di dalamnya mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.26 gram.

Kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

IPD Lubok Antu memaklumkan bahawa Op Tapis Khas akan terus dilaksanakan secara berterusan sebagai usaha membanteras penyalahgunaan dadah serta memastikan keselamatan masyarakat dan ketenteraman awam di Daerah Lubok Antu sentiasa terpelihara.

Dalam pada itu, pihak polis turut menggesa orang awam agar terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penyalahgunaan dadah melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di talian 017-592 9211.

Kerjasama berterusan daripada masyarakat amat penting bagi memastikan keselamatan komuniti serta membanteras ancaman dadah secara berkesan dan menyeluruh.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: SPRM sita 23 jam tangan mewah bernilai RM2.2 juta di rumah isteri kedua bekas PTD
Next: RM253,110 lesap, warga emas ditipu individu menyamar sebagai kenalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.