Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan curi sawit, polis Saratok buru ‘Mat Komando’
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan curi sawit, polis Saratok buru ‘Mat Komando’

Utusan Sarawak 3 hours ago
POLIS berjaya menumpaskan kegiatan mencuri buah kelapa sawit selepas dua lelaki tempatan ditahan dalam operasi di lokasi berasingan semalam. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok berjaya menumpaskan kegiatan mencuri buah kelapa sawit selepas dua lelaki tempatan ditahan dalam operasi di lokasi berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata tangkapan tersebut dibuat susulan laporan daripada seorang pengawal keselamatan yang mengesan aktiviti mencurigakan di Ladang Sawit Busaria, Roban.

Menurutnya, kejadian itu disedari pada pagi semalam apabila pengadu yang dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah terserempak dengan sebuah lori dan sebuah kereta Perodua Kenari keluar dari simpang ladang dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata pengadu mendapati lori tersebut sarat dengan muatan buah kelapa sawit yang dipercayai diambil dari ladang berkenaan sebelum bertindak mengekori kenderaan tersebut dan membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota BSJD yang diketuai Inspektor Hendry melancarkan operasi dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 38 tahun di tepi jalan di Saratok.

FOTO IPD Saratok

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine serta mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah lain.

Polis kemudian menahan seorang lagi lelaki berusia 36 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Nyabor, Kabong yang turut dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Siasatan mendapati suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam operasi tersebut, pihak polis turut merampas sebuah kereta Perodua Kenari, sebuah lori berwarna putih serta beberapa kepingan resit jualan buah kelapa sawit yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.

Siasatan awal turut mendedahkan penglibatan seorang lagi individu yang masih bebas dikenali sebagai ‘Mat Komando’.

Menurut Mathew, suspek pertama mengaku melihat individu tersebut menombak buah sawit sebelum dimuatkan ke dalam lori dan dihantar ke pusat timbangan di jalan Roban-Kabong untuk dijual.

Suspek kedua pula mendakwa dia hanya meminjamkan lori miliknya selepas diajak oleh individu berkenaan dan dibayar upah sebanyak RM100.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan polis kini giat mengesan suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Polis Sibu tahan enam individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.