Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan berkaitan dadah
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan berkaitan dadah

Utusan Sarawak 4 hours ago
DUA suspek ditangkap dan ditahan kerana penyalahgunaan dadah.

BAU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Bau menahan dua lelaki berusia 33 dan 34 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman, berkata pemeriksaan dijalankan di Kampung Duyoh Serikin dan Kampung Skiat Baru antara 1.50 petang hingga 4.30 petang kelmarin.

Kedua-duanya menjalani ujian saringan air kencing awal dan didapati positif dadah.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Haide menegaskan pihak polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah.

“Orang ramai digalakkan berkongsi sebarang maklumat mengenai aktiviti dadah melalui talian hotline Narkotik Bukit Aman di 012-208 7222 atau hotline Narkotik Sarawak di 017-592 9211,” tambah beliau.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PDRM tahan suspek kes samun, rogol di Similajau
Next: Namewee serah diri bantu siasatan kes bunuh pempengaruh wanita Taiwan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.