Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan atas kesalahan dadah dan judi, seorang wanita terlibat sebagai keldai akaun di Lawas
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan atas kesalahan dadah dan judi, seorang wanita terlibat sebagai keldai akaun di Lawas

Utusan Sarawak 3 hours ago
DUA lelaki ditahan atas kesalahan dadah dan judi, seorang wanita terlibat sebagai keldai akaun di Lawas.

LAWAS: Polis Daerah Lawas berjaya menahan seorang wanita tempatan berusia 22 tahun kerana disyaki terlibat sebagai keldai akaun.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan memberitahu laporan polis diterima di Miri menunjukkan akaun bank milik suspek digunakan untuk kegiatan jenayah penipuan.

Siasatan awal polis mendapati suspek pernah menyerahkan kad ATM kepada seorang individu dikenali untuk tujuan peribadi. Kes disiasat mengikut seksyen 420 KK.

Sementara itu dalam kes berasingan sepasukan polis telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Jalan Lawas Damit pada petang Isnin.

“Suspek disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang tidak bekerja. Pemeriksaan di rumah dan badan suspek tidak menemui sebarang barang terlarang atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis AMP dan METH. Semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu kesalahan lampau. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala bertempat di bandar Lawas, sepasukan polis telah memeriksa dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun kerja buruh kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi empat nombor ekor.

Pemeriksaan lanjut pada telefon bimbit terdapat aplikasi judi. Suspek ditangkap bersama rampasan sebuah telefon bimbit dan beberapa keping wang tunai untuk dijadikan barang kes kesalahan dibawah Seksyen 4A (a) ARJT 1953.

Oleh Adeng Idris

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga asing ditahan salah guna Pas Lawatan Sosial di Miri
Next: Lelaki rugi RM40,970 kes penipuan dalam talian di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.