Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki disyaki cuba mencuri, ditahan penduduk kampung di Mukah
  • JENAYAH

Dua lelaki disyaki cuba mencuri, ditahan penduduk kampung di Mukah

Utusan Sarawak 5 hours ago
DUA lelaki diberkas selepas dipercayai cuba melakukan kecurian. Foto IPD Mukah

MUKAH: Dua lelaki tempatan ditahan selepas disyaki cuba menceroboh rumah kosong untuk tujuan mencuri dalam kejadian di Kampung Bunut, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, kejadian bermula kira-kira 11.00 malam apabila sekumpulan penduduk kampung terserempak dengan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran rumah yang ditinggalkan kosong di tepi jalan kampung berkenaan.

“Suspek bertindak melarikan diri ke kawasan hutan di belakang rumah tersebut sebaik menyedari kehadiran penduduk,” katanya dalam satu satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek bagaimanapun muncul semula kira-kira 4.00 pagi menuju ke arah motosikal yang dipercayai milik mereka.

“Salah seorang suspek dilihat membawa senjata tajam. Penduduk kampung yang masih berada di lokasi dan bertindak bersembunyi kemudian berjaya menahan kedua-dua lelaki tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

RAMPAS… Polis turut merampas pisau badik yang dipercayai digunakan dalam cubaan jenayah. Foto IPD Mukah

Menurut beliau, suspek berusia 22 dan 25 tahun itu ditahan semula oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah di lokasi kejadian.

“Polis turut merampas pisau badik yang dipercayai digunakan dalam cubaan jenayah tersebut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Muhamad Rizal berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku cuba memasuki rumah kosong itu untuk mencuri.

“Suspek berusia 25 tahun juga didapati mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya.

Kedua-dua suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Mukah pada 29 Mac ini bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk melengkapkan siasatan. Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Penganggur ditahan sorok kereta curi dalam ladang sawit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.