Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Dua lelaki dipenjara 10 tahun, tujuh sebatan kerana rompakan berkumpulan
  • MAHKAMAH

Dua lelaki dipenjara 10 tahun, tujuh sebatan kerana rompakan berkumpulan

Utusan Sarawak 20 hours ago
DUA lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta tujuh sebatan oleh Mahkamah Seksyen Kuching hari ini selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan. Foto: Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

PETRA JAYA: Dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 28 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta tujuh sebatan oleh Mahkamah Seksyen Kuching semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan.

Menurut kenyataan media Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, kedua-dua tertuduh berdepan tiga pertuduhan, iaitu dua pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Kesemua pertuduhan itu membabitkan tiga kejadian berasingan yang berlaku di sekitar Kuching pada tiga tarikh berbeza tahun ini.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara 10 tahun terhadap kedua-dua tertuduh berkuat kuasa dari tarikh mereka ditangkap.

Bagi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah.

Mahkamah menetapkan 20 Julai dan 4 Ogos depan sebagai tarikh pra-pengurusan kes bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Sementara itu, tertuduh pertama turut berdepan dua pertuduhan lain, iaitu melakukan rompakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta gagal berada di tempat tinggal yang ditetapkan mengikut Seksyen 43(4) Akta Penjara 1995.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun serta tujuh sebatan bagi kesalahan rompakan, manakala lapan bulan penjara bagi kesalahan di bawah Akta Penjara 1995.

Selain itu, tertuduh pertama turut didakwa di Mahkamah Majistret Kuching atas dua pertuduhan melakukan khianat mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana menyimbah cat merah dan minyak petrol dalam dua kejadian berasingan pada Mac dan April lalu bersama seorang lagi individu yang masih bebas.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bagi pertuduhan pertama serta 12 bulan bagi pertuduhan kedua.

Oleh Adi Safarman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Kes dana Armada: Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman bagi keputusan kekal bebas atau penjara
Next: Lelaki dipenjara 15 tahun, lima sebatan serang seksual kanak-kanak usia tiga tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.