Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Dua lelaki didakwa kes tembakan di Kanowit
  • MAHKAMAH

Dua lelaki didakwa kes tembakan di Kanowit

Utusan Sarawak 1 day ago
DIKAWAL KETAT…..Kho dikawal ketat oleh anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret bagi mendengar pertuduhan.

SIBU: Seorang lelaki yang terbabit melepaskan tembakan ke arah seorang mangsa di simpang Jalan Penyangkai Majau – Kanowit baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi mendengar pertuduhan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lionel Kho Kwong Teck, 33, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Oon Kork Chern, memandangkan kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Berdasarkan pertuduhan, Kho didakwa cuba membunuh seorang lelaki berusia 48 tahun dengan melepaskan tembakan ke arah mangsa di simpang Jalan Penyangkai Majau – Kanowit pada 24 Ogos 2025, sekitar 5.20 petang.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, atau sehingga 20 tahun jika mangsa mengalami kecederaan.

Seorang lagi individu, Wong Sing Dieng, 51, turut didakwa atas pertuduhan bersubahat dalam kejadian yang sama, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama.

DIKAWAL KETAT…..Wong diiringi ketat oleh anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret bagi mendengar pertuduhan.

Selain itu, Wong turut berdepan satu lagi pertuduhan berasingan atas kesalahan menyalahgunakan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ketika ditahan di Balai Polis Sungai Merah, Jalan Wawasan, pada 2 Jun 2025 sekitar 11.00 pagi.

Untuk pertuduhan itu, Wong yang mempunyai sekurang-kurangnya dua kesalahan lampau berkaitan dadah, didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(2) akta yang sama.

Mahkamah menetapkan 23 September ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen. Kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nuralisa Natasha Nazrulzam.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes tembakan di simpang Jalan Penyangkai Majau–Kanowit.

Menurut laporan, polis menerima maklumat mengenai kejadian sekitar 8.30 malam, selepas seorang lelaki dilaporkan ditembak oleh suspek yang kemudian melarikan diri menaiki sebuah kenderaan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Bagaimanapun, siasatan lanjut menemui rangka sebuah kenderaan yang telah dibakar di Jalan Penyulau, dipercayai digunakan oleh suspek untuk melarikan diri.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Lelaki hadap tiga pertuduhan rogol, liwat anak kandung di Sibu
Next: Pelajar senior dakwa bangun awal kerana mahu cuci pakaian – Saksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.