Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Dua lelaki didakwa di Mahkamah Bau kes akaun keldai
  • MAHKAMAH

Dua lelaki didakwa di Mahkamah Bau kes akaun keldai

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan

BAU: Dua lelaki tempatan telah dituduh secara berasingan di Mahkamah Majistret Bau hari ini di bawah Seksyen 424C (1) Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja membenarkan akaun bank atau instrumen pembayaran mereka digunakan untuk transaksi tidak sah, iaitu akaun keldai.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman berkata bagi kes pertama, tertuduh mengaku bersalah dan telah dikenakan denda sebanyak RM10,000

“Bagi kes kedua, sebutan semula ditetapkan pada 28 April 2026 dan tertuduh dibenarkan jaminan sebanyak RM2,000,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Bau komited dalam memastikan pematuhan undang undang serta akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran peruntukan undang undang yang berkuat kuasa demi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang undang serta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak polis bagi membantu usaha pencegahan jenayah secara berkesan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Mahkamah Bau catat perkembangan dua kes jenayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.