Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki dicekup pecah masuk premis pakaian
  • JENAYAH

Dua lelaki dicekup pecah masuk premis pakaian

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITAHAN…Dua lelaki ditahan selepas disyaki memecah masuk premis  menjual pakaian di Marina Phase 2. 

MIRI: Tindakan dua lelaki tempatan menjadikan sebuah hotel bajet di sini sebagai lokasi persembunyian selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk memakan diri apabila kedua-duanya diberkas polis semalam.

Suspek masing-masing berusia 40 dan 47 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hasil risikan yang dijalankan susulan laporan kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya berjaya mengenal pasti suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk dan curi sebuah premis pakaian di Marina Phase 2 di sini.

“Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada awal pagi semalam pemilik premis mengalami kerugian dianggarkan sekitar RM6,000.

“Turut dirampas beberapa barang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bagi membantu siasatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook Ibu Pejabat Polis Miri hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi.

“Kedua-dua suspek akan dipohon reman bagi membantu siasatan lanjut,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Cuba melarikan diri, lelaki dicekup bersama syabu di Lawas
Next: Polis tahan lelaki selepas bertengkar dengan jiran di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.