Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua lelaki cedera, tersepit dalam kemalangan dua kenderaan di Miri
  • KEMALANGAN

Dua lelaki cedera, tersepit dalam kemalangan dua kenderaan di Miri

Utusan Sarawak 9 hours ago
TERSEPIT…Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kereta di hadapan stesen minyak Shell Tamu Muhibbah di Miri, awal pagi tadi.

MIRI: Dua lelaki cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan stesen minyak Shell Tamu Muhibbah di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 2.03 pagi itu, kedua-dua mangsa dilaporkan tersepit di dalam kenderaan masing-masing.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri bergegas ke lokasi dan tiba pada 2.04 pagi.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati, kemalangan melibatkan dua kenderaan yang bertembung.

“Dua mangsa lelaki berusia 25 dan 30 tahun didapati tersepit sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.10 pagi selepas kerja pembersihan jalan dilakukan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Empat sekeluarga cemas, kereta terbabas di Jalan Bungin-Seruai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.