
SARATOK: Dua lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Simpang Malong, dekat sini petang tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, sepasukan tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tangan serta luka di muka.
Pasukan APM Saratok segera memberikan rawatan awal dengan membersihkan luka mangsa sebelum mereka diserahkan kepada pihak hospital.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Saratok untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, APM Saratok menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kemalangan.
Oleh Adi Safarman