
BINTULU: Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di sini, hari ini selepas jumlah mangsa banjir terus meningkat susulan keadaan cuaca tidak menentu.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan berkata, PPS di Balai Raya Jepak mula beroperasi pada 10.30 pagi, diikuti PPS Stadium Muhibah Bintulu pada 12.30 tengah hari.


“Saya mengisytiharkan pembukaan PPS Stadium Muhibah pada 12.30 tengah hari tadi kerana banyak kawasan tidak lagi selamat untuk didiami.
“Keadaan ini memerlukan lebih banyak PPS dibuka untuk menampung mangsa yang semakin meningkat,” katanya.
Beliau turut menggesa semua agensi berkaitan untuk segera mengambil tindakan bagi memastikan kebajikan mangsa banjir terpelihara sepanjang tempoh mereka ditempatkan di pusat pemindahan.
Oleh Carolyne Utih