Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua kucing halau ular tedung 3 meter di Kampung Kuala Awang
  • Utara
  • WILAYAH

Dua kucing halau ular tedung 3 meter di Kampung Kuala Awang

Utusan Sarawak 1 day ago
Anggota RELA berjaya menangkap ular tedung selar di halaman rumah di Kampung Kuala Awang selepas bertarung dengan dua kucing milik tuan rumah.

LIMBANG: Tindakan pantas dan berani dua ekor kucing peliharaan berjaya menyelamatkan sebuah keluarga daripada ancaman seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter di Kampung Kuala Awang, semalam.

Kejadian berlaku sekitar 11.45 pagi apabila pemilik rumah, Awang Jack, 50, menyedari gelagat luar biasa dua ekor kucing peliharaannya yang berlari sambil mengiau kuat di halaman rumah.

“Kami terkejut melihat kucing itu mengejar sesuatu, dan apabila diperhatikan betul-betul, seekor ular tedung selar sedang melilit dan cuba mematuk salah seekor kucing,” katanya kepada media, hari ini.

Menurut Awang, salah seekor kucing berjaya mengelak serangan maut itu, sebelum kedua-duanya terus mengejar ular tersebut sehingga menjauhi kawasan rumah.

Bimbang akan keselamatan penduduk, Awang segera menghubungi anggota RELA yang bertugas di kawasan sempadan.

Pasukan RELA yang tiba tidak lama kemudian berjaya menangkap ular berbisa itu tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek pembangunan DUN Lingga dirancang teliti, fokus kesejahteraan komuniti
Next: MPP pledges full support to police in combating illegal activities in Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.