Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua kes jenayah terungkai susulan penahanan dua lelaki
  • JENAYAH

Dua kes jenayah terungkai susulan penahanan dua lelaki

Utusan Sarawak 1 month ago
OPERASI Op Pintu/Op Lejang/Op Kesan berjaya menangkap dua orang suspek kes jenayah pecah rumah dan curi kenderaan di daerah Sarikei dan kawasan Bintangor. Foto IPD Sarikei 

SARIKEI: Polis berjaya merungkai dua kes jenayah melibatkan pecah rumah dan curi kenderaan dengan penahanan dua orang lelaki dalam operasi OP Pintu/Op Lejang/Op Kesan yang dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei di daerah ini, dan kawasan Bintangor.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintendan Aswandy Anis, berkata dalam operasi yang dijalankan pada 3 April dan 7 April tersebut, pelbagai barang kes jenayah turut dirampas. 

“Antaranya termasuklah seunit oven elektrik, telefon bimbit jenama Oppo Reno 6 Z 5G, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR warna hitam/perak, sebuah kereta jenis Perodua Myvi warna merah tiada nombor pendaftaran, seunit kunci kereta Perodua Myvi, selaras senapang patah, satu beg sarung senapang patah warna hitam, tiga biji peluru jenama Zuber (6.2MM, 70MM), satu unit cordless drill tiada jenama warna hitam, sekotak alat bertukang yang mengandungi satu tukul besi, satu unit playar, sebilah pisau, satu pita pengukur, tiga skrudriver dan satu pita pelekat. 

“Penahanan kedua-dua suspek berjaya menyelesaikan dua kes jenayah iaitu kes pecah rumah dan kes curi kenderaan di daerah Sarikei yang berlaku pada 2 April lepas, masing-masing di bawah Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semakan rekod lampau mendapati suspek pertama mempunyai empat rekod kesalahan lampau, manakala suspek kedua mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah.

“Sebarang maklumat dan kerjasama daripada orang awam khasnya penduduk Sarikei amatlah pihak kami hargai 

“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke boleh disalurkan terus ke talian IPD Sarikei 084-652222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kastam Sarawak tumpas penyeludupan cecah lebih RM1.6 juta
Next: Police arrest 21 year old robbery suspect in Demak Laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.