Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua kenderaan terlibat kemalangan di Jalan Pisang Barat
  • KEMALANGAN

Dua kenderaan terlibat kemalangan di Jalan Pisang Barat

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEADAAN dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Lorong 11A, Jalan Pisang Barat, Kuching, petang ini. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Dua kenderaan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lorong 11A, Jalan Pisang Barat, di sini, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.40 petang.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati kejadian bukan kebakaran kereta seperti yang dilaporkan pada awalnya, sebaliknya kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu kenderaan Honda dan Proton Saga,” kata Pegawai Bomba Kanan I Abdul Hakim Sopian, dalam satu kenyataan hari ini.

KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pisang Barat, petang ini. Foto JBPM Sarawak

Menurut kenyataan itu lagi, kemalangan tersebut melibatkan dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita. Pemandu Honda tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu Proton Saga mengalami kecederaan ringan.

“Tiada mangsa tersepit dan tiada operasi penyelamatan dijalankan. Pasukan bomba hanya memantau keadaan di lokasi bagi memastikan situasi selamat dan terkawal,” jelasnya.

Operasi dilaporkan terkawal pada 3.55 petang dan tamat sepenuhnya pada 4.00 petang selepas keadaan disahkan selamat. Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil sebelum pasukan bomba beredar pulang ke balai.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pekerja tapak pembinaan maut dihempap bongkah konkrit di SK Sageng
Next: Warga emas hilang ditemui lemas di hilir Long Kebar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.