Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua kenderaan terlibat kemalangan di Jalan Kampung Baru Sutong, Sri Aman
  • KEMALANGAN

Dua kenderaan terlibat kemalangan di Jalan Kampung Baru Sutong, Sri Aman

Utusan Sarawak 16 hours ago

KEMALANGAN jalan raya melibatkan dua kenderaan di Jalan Kampung Baru Sutong menuju ke Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman – Betong, hari ini. Foto APM Sri Aman

SRI AMAN: Satu kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan telah berlaku di Jalan Kampung Baru Sutong menuju ke Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman – Betong, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dan segera menggerakkan empat anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota kami mendapati seorang mangsa lelaki dewasa berada dalam keadaan sedar namun mengadu sakit di bahagian dada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa tersebut telah diberikan rawatan awal di tempat kejadian oleh anggota APM sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Menurut Kamal, operasi dijalankan dengan lancar dan keadaan trafik terkawal sepanjang proses menyelamat dijalankan di lokasi berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu terselamat dalam kemalangan kendiri di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.