Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua kenderaan terbakar di perkarangan Subaru Kuching Auto Mart
  • KEBAKARAN

Dua kenderaan terbakar di perkarangan Subaru Kuching Auto Mart

Utusan Sarawak 14 hours ago
DUA kenderaan yang terlibat dalam kejadian kebakaran di ruangan parkir terbuka Subaru Kuching Auto Mart, Jalan Pending di Kuching awal pagi tadi.

KUCHING: Dua kenderaan musnah dalam satu kejadian kebakaran di ruangan parkir terbuka Subaru Kuching Auto Mart, Jalan Pending di sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 5.04 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan digerakkan ke lokasi.

Katanya, setibanya pasukan bomba di lokasi, kebakaran didapati melibatkan dua kenderaan yang diparkir di kawasan terbuka perkarangan premis berkenaan.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Volvo XC90 yang terbakar 100 peratus manakala sebuah Subaru Forester terbakar sekitar 70 peratus. Bagaimanapun, api berjaya dikawal dan tidak merebak ke kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kebakaran tersebut tidak membabitkan sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.23 pagi.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Kebakaran tingkat satu Pasar Raya Mydin Vista Tunku, operasi pemadaman masih dijalankan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.