Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah di Bukit Berangan
  • KEBAKARAN

Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah di Bukit Berangan

Utusan Sarawak 5 hours ago
DUA keluarga di Kampung Bukit Berangan, Kota Samarahan berdepan detik cemas apabila kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran yang berlaku tengah hari tadi. Foto JBPM Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Dua keluarga di Kampung Bukit Berangan di sini berdepan detik cemas apabila kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran yang berlaku tengah hari tadi.

Kejadian yang dilaporkan pada 12.33 tengah hari itu melibatkan dua rumah jenis struktur kekal satu tingkat yang masing-masing berkeluasan 30×50 kaki persegi dan 30×40 kaki persegi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dengan bantuan BBP Tabuan Jaya telah dikerahkan ke lokasi sejauh 14 kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan.

Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati api sedang marak melibatkan dua rumah kediaman yang mana kedua-dua struktur tersebut telah terbakar 100 peratus.

Kebakaran tersebut turut menjejaskan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan di kawasan berkenaan dengan anggaran kemusnahan sebanyak 40 peratus.

Dua penghuni yang terlibat dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal dalam insiden berkenaan.

Operasi pemadaman diketuai oleh Paul Senum dengan menggunakan teknik offensive dan defensive bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan sekitar.

Turut berada di lokasi bagi memantau operasi ialah Ketua Zon 2, Gawai John dan Ketua Balai BBP Kota Samarahan, Christian Olas.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran pada 1.15 petang, manakala operasi tamat sepenuhnya pada 3.20 petang setelah kerja-kerja overhaul selesai dilakukan bagi memastikan tiada lagi punca api di tapak kejadian.

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan unit forensik kebakaran.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Tiga rumah teres dua tingkat terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.