Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua keldai akaun sindiket penipuan ditahan
  • JENAYAH

Dua keldai akaun sindiket penipuan ditahan

Utusan Sarawak 1 year ago
MEREKA masing-masing berusia 20 dan 51 tahun itu ditahan secara berasingan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya, kelmarin.

BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM14,547, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, mereka masing-masing berusia 20 dan 51 tahun itu ditahan secara berasingan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya, kelmarin.

“Wanita berusia 20 tahun itu ditahan di Bayan Lepas susulan laporan polis dibuat mangsa dalam kejadian di Bayan Baru yang kerugian RM10,668 selepas diperdaya sindiket penipuan dalam urusan pinjaman wang dalam talian yang tidak wujud.

“Lelaki itu pula ditahan di Bayan Lepas bersangkut laporan polis di Sungai Korok dan dia menjadi keldai akaun  sindiket penipuan yang memperdaya dalam urusan pinjaman wang dalam talian yang tidak wujud, dalam kes tersebut mangsa kerugian RM3,859.50,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Katanya, kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pekerja kedai aksesori telefon bimbit didakwa bunuh majikan
Next: Hanya segelintir pegawai, anggota polis bermasalah, terlibat jenayah – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.