Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua kejadian curi meter air, menyebabkan bekalan terganggu 
  • JENAYAH

Dua kejadian curi meter air, menyebabkan bekalan terganggu 

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Dua kejadian curi meter air dilaporkan berlaku di kawasan Taman Millennium dan Tanjung Batu di sini, baru-baru ini.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), kejadian itu menyebabkan tiga meter air hilang di Taman Millennium dan satu meter air di Tanjung Batu.

Ia sekali gus mengakibatkan gangguan bekalan air serta terpaksa menutup sementara tandas awam di kedua-dua lokasi tersebut.

“Kami telah membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak LAKU (LAKU Management Sdn Bhd) untuk menangani isu ini dengan segera,” katanya.

Pada masa sama, BDA turut meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau maklumat mengenai kejadian itu bagi membantu siasatan.

“Jika anda mempunyai maklumat atau melihat perkara mencurigakan, sila laporkan kepada kami segera.

“Mari kita bersama-sama menjaga dan melindungi kawasan ini untuk kesejahteraan semua,” ujar kenyataan itu.

Continue Reading

Previous: Jual 67 laras senapang, 70 pistol tiruan: Polis tahan 3 lelaki, 7 wanita
Next: PGA bongkar pembalakan haram di Julau, 6 lelaki ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.