BINTANGOR: Dua kawasan rendah yang dikenal pasti berisiko banjir serta menjadi titik panas pembakaran terbuka dipantau oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, petang semalam.
Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata rondaan pemantauan bermula pada 5.31 petang melibatkan dua anggota.
“Lokasi yang dipantau adalah di tebingan Sungai Rajang dan kawasan Jalan Kelupu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau memaklumkan bahawa keadaan di kedua-dua kawasan tersebut adalah terkawal sepanjang rondaan dijalankan.
“Hasil pemerhatian mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka dijalankan, manakala paras air di Sungai Rajang juga didapati sedang surut semasa pemantauan,” katanya lagi.
Rondaan selesai sepenuhnya pada 5.50 petang.
Oleh Earl Anek