Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua kapal tunda nelayan asing ditahan
  • JENAYAH

Dua kapal tunda nelayan asing ditahan

Utusan Sarawak 3 days ago
DIRAMPAS…Dua buah kapal tunda nelayan asing (VNA) dari Indonesia dan Vietnam dirampas  kerana menceroboh perairan negara untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram. Foto APMM Miri

MIRI: Cubaan dua buah kapal tunda nelayan asing (VNA) dari Indonesia dan Vietnam menceroboh perairan negara untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri semalam.

Kedua-dua kapal tunda berkenaan dikesan berada dalam kawasan perairan negara tanpa kebenaran sekitar 38 batu nautika barat laut Kuala Suai dan 31 batu nautika barat laut Kuala Niah.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, tindakan tegas diambil menerusi pelaksanaan Operasi PERMAI 01/2019, Operasi NAGA dan Operasi TIRIS 3.0.

Beliau berkata, VNA Indonesia ditahan sekitar 12.00 tengah hari, manakala VNA Vietnam dikesan dan ditahan sekitar 5.45 petang selepas menerima maklumat awam mengenai kehadirannya.

“Ketika cubaan menahan VNA Vietnam, anggota bot ronda Maritim Malaysia berdepan detik cemas apabila kru kapal tunda berkenaan bertindak agresif dan enggan memberi kerjasama.

“Mereka melakukan manuver merbahaya, membaling objek keras dan tajam ke arah anggota penguatkuasa dalam keadaan laut bergelora, mengancam keselamatan nyawa pasukan keselamatan.

“Bagaimanapun, tindakan pantas dan profesional pasukan Maritim Malaysia berjaya mengawal keadaan serta menahan kapal tunda terbabit tanpa sebarang kecederaan kepada anggota bertugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Khairol berkata, operasi membawa masuk kedua-dua kapal tunda tahanan ke Kompleks Zon Maritim Miri mengambil masa lebih 18 jam disebabkan faktor cuaca dan lokasi tangkapan yang jauh dari pangkalan.

“Seramai lapan kru termasuk dua tekong terdiri daripada lima warga Indonesia dan tiga warga Vietnam berumur antara 25 hingga 53 tahun turut ditahan. Mereka kini ditempatkan di Pusat Tahanan Vesel (PTV) Pulau Melayu bagi siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, yang memperuntukkan denda sehingga RM6 juta terhadap tekong dan RM600,000 terhadap setiap kru kerana menangkap ikan tanpa kebenaran dan menceroboh perairan Malaysia,” ujarnya

Menurut beliau, dalam operasi itu juga, pihak Maritim merampas kedua-dua kapal tunda bersama peralatan menangkap ikan dan peralatan navigasi yang dianggarkan bernilai RM3.3 juta.

“Maritim Malaysia komited menjalankan rondaan secara berterusan demi menjaga keselamatan perairan negara daripada sebarang pencerobohan dan aktiviti haram,” tegasnya.

Orang awam diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim atau kecemasan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di talian 085-649111, Maritim Negeri Sarawak di 082-432544/432016, atau melalui talian kecemasan 999 bagi maklum balas segera. Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Siasatan penyelewengan dana bina lebuh raya, SPRM sita RM85.6 juta
Next: Lelaki cuba bunuh diri berjaya diselamatkan bomba, polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.