Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua kapal penumpang ditahan gagal lapor pertukaran kapten
  • JENAYAH

Dua kapal penumpang ditahan gagal lapor pertukaran kapten

Utusan Sarawak 2 months ago
TAHAN... Penumpang dan anak kapal dibawa ke Pusat Tahanan Kapal Miri (PVT Miri) dan salah sebuah kapal yang membawa penumpang dan kanak kapal yang ditahan bot peronda APMM semasa Operasi Permai 01/2019, Operasi Naga Timur, Operasi Tiris 3.0, dan Operasi Khas Pagar Laut 1/2025 kira-kira 1.35 petang, semalam.

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah berjaya menahan dua buah kapal penumpang atas kesalahan gagal mengemukakan pertukaran nahkoda  di kedudukan lebih kurang 0.7 batu nautika barat muara Sungai Miri, semalam.

Pengarahnya, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar  Saad menerusi satu kenyataan malam tadi, berkata kapal penumpang berkenaan telah ditahan pasukan peronda bot Maritim Malaysia semasa melaksanakan
Op Permai 01/2019, Op Naga Timur, Op Tiris 3.0 dan Op Khas Pagar Laut 1/2025 sekitar 1.35 petang.

“Kapal penumpang tersebut bersama dua penumpang dan empat kru termasuk nakhoda dalam lingkungan umur 21 hingga 59 tahun telah ditahan dan seterusnya diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

DIRAMPAS… Antara kapal penumpang yang dirampas atas kesalahan gagal mengemukakan pertukaran nahkoda di kedudukan lebih kurang 0.7 batu nautika barat muara Sungai Miri, semalam.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal melaporkan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan semasa diperiksa.

Mohd Khairol berkata,  Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan jenayah maritim di sepanjang perairan Malaysia.

Beliau berkata,sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan ke Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) atau melalui talian bantuan kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ancaman siber KLIA: Siasatan dijalankan, operasi masih normal
Next: Lelaki ditahan bantu siasatan modus operandi seludup rokok lebih RM12.64 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.