Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua kapal China berlanggar ketika kejar bot rondaan Filipina
  • GLOBAL

Dua kapal China berlanggar ketika kejar bot rondaan Filipina

Utusan Sarawak 1 day ago

Pertembungan antara sebuah kapal Tentera Laut China (hujung kiri, haluan kelihatan) dan kapal Pengawal Pantai China (kedua dari kiri) seperti dilihat dari bot nelayan Filipina berhampiran Terumbu Scarborough di Laut China Selatan yang dipertikaikan. – Foto AFP

MANILA: Sebuah kapal tentera laut China dilaporkan berlanggar dengan kapal pengawal pantainya sendiri ketika mengejar sebuah bot rondaan Filipina di Laut China Selatan.

Pihak berkuasa Filipina berkata kemalangan itu berlaku pada 11 Ogos, sambil mendedahkan rakaman video dramatik pelanggaran itu.

Jurucakap Pengawal Pantai Filipina, Komodor Jay Tarriela, berkata kejadian berlaku berhampiran beting yang menjadi pertikaian, Beting Scarborough, ketika pihaknya mengiringi bot-bot yang mengagihkan bantuan kepada nelayan di kawasan itu.

Rakaman yang dikeluarkan Manila menunjukkan sebuah kapal pengawal pantai China dan sebuah kapal yang lebih besar dengan nombor lambung 164 berlanggar dengan dentuman kuat.

“(Kapal Pengawal Pantai China) CCG 3104, yang ketika itu sedang mengejar (kapal pengawal pantai Filipina) BRP Suluan pada kelajuan tinggi.

Ia melakukan pergerakan berisiko dari bahagian kanan belakang kapal Filipina, sehingga terlanggar kapal perang tentera laut China (PLA).

“Kemalangan itu menyebabkan kerosakan besar pada bahagian haluan kapal CCG sehingga tidak lagi layak beroperasi di laut,” ,” kata Tarriela.

Kedutaan China di Manila setakat ini belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan untuk komen.

Pelanggaran yang dilaporkan itu adalah kes terbaru dalam siri konfrontasi antara China dan Filipina di Laut China Selatan, yang hampir keseluruhannya dituntut oleh Beijing.

Beting Scarborough, gugusan terumbu karang dan batu berbentuk segi tiga telah menjadi tompok panas antara kedua-dua negara sejak China merampasnya daripada Filipina pada 2012. 

Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa cedera dalam kes pada 11 Ogos itu.

Tarriela memberitahu AFP bahawa kru kapal China ‘langsung tidak membalas’ tawaran bantuan daripada kapal Filipina. 

Menurut kenyataan beliau, sebelum perlanggaran berlaku, BRP Suluan telah ‘disasarkan dengan bedilan meriam air’ oleh pihak China tetapi berjaya mengelak serangan itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Taikun cat Singapura, bilionair, Goh Cheng Liang meninggal dunia 98 tahun
Next: Pelancong Jerman maut di Mauritius selepas jatuh 125 meter dari gunung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.