Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua kanak-kanak perempuan hilang di Pasir Pandak ditemui selamat
  • Selatan
  • WILAYAH

Dua kanak-kanak perempuan hilang di Pasir Pandak ditemui selamat

Utusan Sarawak 12 hours ago
Dua kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di Kampung Pasir Pandak sejak semalam ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat awal pagi tadi

SANTUBONG: Dua kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di Kampung Pasir Pandak sejak semalam ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa, Humaira Qalesya Mohd Dir dan NurAshafieya Aisyah Abd Nasru Asrafie, masing-masing berusia lima tahun, ditemukan sekitar 9.10 pagi di kawasan Batu Merah, berhampiran tebing hujung kampung.

Menurut ASP Zambry Ali dari IPD Kuching, mangsa ditemui oleh dua bapa saudaranya.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan sejuk, namun sihat dan tanpa sebarang kecederaan. Orang kampung yang menemui mereka terus membawa kedua-duanya keluar dari kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Beliau berkata kedua-dua kanak-kanak itu akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Alhamdulillah kedua-duanya selamat. Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dan masyarakat kampung yang membantu dalam operasi pencarian pagi ini,” katanya.

Terdahulu, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang sejak semalam sekitar 11.00 pagi selepas kali terakhir dilihat berjalan menuju rumah nenek mereka pada 9.00 pagi untuk bermain bersama sepupu.

Usaha pencarian awal oleh keluarga gagal, sebelum laporan polis dibuat pada 6.00 petang, seterusnya menggerakkan operasi rasmi melibatkan Bomba, PDRM, Unit K9 dan APM.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Hari OKU Sedunia PPDK Sri Satok dirai dengan semangat muhibah dan inspirasi
Next: Eksklusif: Lokasi kanak-kanak hilang, agak ‘keras’ kata saksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.