Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua kanak-kanak maut, seorang cedera dalam kemalangan di Jalan Bruan
  • KEMALANGAN

Dua kanak-kanak maut, seorang cedera dalam kemalangan di Jalan Bruan

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEADAAN kereta yang remuk di bahagian hadapan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Bruan, Matu, yang mengorbankan dua kanak-kanak manakala seorang mangsa dewasa cedera dalam kejadian, hari ini. Foto APM Matu

MATU: Dua kanak-kanak maut manakala seorang lelaki dewasa cedera dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Bruan di sini, hari ini.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Matu dalam kenyataan Facebook memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada kira-kira 1.13 tengah hari melalui Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).

“Setibanya anggota di lokasi, didapati sebuah kereta terlibat dalam kemalangan yang melibatkan seorang mangsa dewasa dan dua orang kanak-kanak.

“Mangsa dewasa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka, manakala dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut kenyataan itu.

KEADAAN kereta yang remuk di bahagian hadapan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Bruan, Matu, yang mengorbankan dua kanak-kanak manakala seorang mangsa dewasa cedera dalam kejadian, hari ini. Foto APM Matu

Mangsa dewasa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Daro untuk menerima rawatan lanjut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tiga cedera, dua wanita tersepit dalam kemalangan di Simpang Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.