Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua kanak-kanak ditemukan maut dalam kereta ketika gelombang haba landa Perancis
  • GLOBAL

Dua kanak-kanak ditemukan maut dalam kereta ketika gelombang haba landa Perancis

Utusan Sarawak 2 days ago
PERANCIS berdepan cuaca ekstrem, dua kanak-kanak ditemukan tidak bernyawa dalam kenderaan.

ISTANBUL: Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia dua dan empat tahun ditemukan  maut di dalam sebuah kereta di Carpentras, tenggara Perancis pada Isnin ketika negara itu berdepan  gelombang haba yang melampau, lapor Anadolu Ajansi memetik penyiar tempatan TF1.

Dua beradik itu ditemukan waktu tengah hari di dalam kenderaan yang diparkir berhampiran kediaman keluarga mereka, menurut pihak pendakwa raya.

Pendakwa Raya Carpentras Helene Mourges berkata punca kematian masih dalam siasatan, namun suhu panas melampau kini menjadi fokus utama siasatan.

Polis membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti keadaan sebenar yang membawa kepada tragedi itu.

Insiden itu berlaku ketika Perancis mengalami gelombang haba teruk, dengan 49 wilayah diletakkan di bawah amaran haba merah pada Isnin manakala banyak lagi kawasan berada di bawah amaran jingga.

Suhu di Wilayah Vaucluse menghampiri 40 darjah Celsius manakala pihak berkuasa memaklumkan sebanyak 1,352 sekolah ditutup akibat cuaca panas melampau itu, menurut data Kementerian Pendidikan.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai agar terus berwaspada ketika gelombang haba berkenaan masih menjejaskan sebahagian besar negara itu.- BERN Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Bekas Menteri Pengangkutan Sepanyol dihukum penjara 24 tahun atas kesalahan rasuah
Next: Letupan di stesen pengagihan gas di Qatar ragut 13 nyawa, 66 cedera – Pihak berkuasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.