Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua jenazah pelajar UPSI tiba di kampung halaman
  • KEMALANGAN

Dua jenazah pelajar UPSI tiba di kampung halaman

Utusan Sarawak 3 days ago
JENAZAH pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Muhammad Adib Hazim Halim, 21, diusung ke Tanah Perkuburan Kampung Pasir Badak di Hulu Besut untuk dikebumikan malam tadi. Van yang membawa jenazah mangsa kemalangan maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi semalam itu, tiba di Masjid Hadhari dari Hospital Gerik, Perak pada 10.45 malam. FotoBERNAMA

JERTIH: Dua jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu mangsa kemalangan maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi, semalam, ‘tiba’ di kampung halaman masing-masing. 

Van yang membawa jenazah Muhammad Adib Hazim Halim, 21, tiba di Masjid Hadhari di sini dari Hospital Gerik, Perak pada 10.45 malam.

Hampir 300 jemaah terdiri daripada ahli keluarga, rakan dan penduduk setempat menyertai solat jenazah yang dipimpin imam masjid itu Mat Jaih Namat.

Jenazah Muhammad Adib Hazim kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Pasir Badak di Hulu Besut dekat sini untuk dikebumikan.

Jenazah Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, 22, yang dibawa dari Hospital Gerik tiba di rumah keluarganya pada 10.50 malam sebelum dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin Kampung Amer, Kampung Raja, Besut kira-kira 11.13 malam untuk solat jenazah.

ORANG ramai mengangkat jenazah Wan Nur Suhaila Wan Mohammad, 22, selepas selesai solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Amer malam tadi. Wan Nur Suhaila merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terbabit dalam kemalangan tragis membabitkan bas sewa khas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) awal pagi, semalam. FotoBERNAMA

Penduduk dan keluarga terdekat berserta rakan-rakan Allahyarham hadir menyempurnakan solat jenazah dan memberikan penghormatan terakhir di masjid berkenaan.

Sementara itu, 13 lagi jenazah pelajar kini sedang dibawa dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak ke Masjid Hadhari untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di kampung halaman masing-masing. 

Konvoi van jenazah meninggalkan Jabatan Forensik HRPB menuju ke ke Jertih, Terengganu pada 8.55 malam dan dijangka tiba di Masjid Hadhari pada 2.00 pagi.

Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1.00 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.

Kejadian itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza. – Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: YPM salur RM1,000 kepada keluarga mangsa nahas di JRTB
Next: Nahas di Gerik: Lima jenazah pelajar UPSI selamat dikebumikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.