Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUA JAM DAKI BUKIT • Dapatkan liputan internet demi mengejar cita-cita jadi guru
  • TEMPATAN

DUA JAM DAKI BUKIT • Dapatkan liputan internet demi mengejar cita-cita jadi guru

Utusan Sarawak 3 years ago

SIBU: Demi mengejar cita-cita untuk menjadi guru, seorang remaja di Pakan bertindak nekad mendaki Bukit Kelingkang bagi mendapatkan liputan internet yang lebih baik.

Frank Steward Panting Sa, 19, mengambil masa selama dua jam mendaki bukit tersebut, bagi mendapatkan liputan internet yang lebih baik untuk menduduki sesi temu duga pendaftaran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam talian pada Isnin, lalu.

Dalam video disiarkan oleh abangnya Mario Sa yang tular di Facebook, Frank dilihat sedang duduk di atas tikar ‘bemban’ di pondok sementara yang dibina oleh bapanya Sa Ujom.

“Dia membawa bersama sejadah untuk duduk, tetapi seluarnya basah semasa temuduga akibat hujan lebat tadi.

“Kakinya digigit lintah tetapi dia tetap gigih mengikut jejak langkah orang lain yang mencapai kejayaan dalam hidup mereka,” jelasnya.

Menurut Mario, rumah panjang mereka Rumah (Rh) Suing di Teberu, Ulu Kemalih, Pakan dilengkapi dengan WiFi Sarawak Menghubungkan Bandar, Luar Bandar dan Negara (SALURAN).

“Tetapi ia tidak dapat menyokong penggunaan data besar seperti untuk temuduga dalam talian yang akan mengambil masa lama untuk diselesaikan.

“Ia boleh digunakan untuk Whatsapp dan Facebook kerana aplikasi ini memerlukan penggunaan data yang lebih kecil.

“Begitulah kesukaran liputan rangkaian di kawasan luar bandar. Kita terpaksa menanggungnya dan pada masa sama berharap pihak berkaitan membantu menyelesaikan masalah itu,” ujarnya.

Frank ketika dihubungi berkata, sesi temu duga pada Isnin lalu adalah untuk kaunseling, satu daripada dua subjek yang dimohonnya untuk belajar di UPSI.

“Ia berlangsung kira-kira 45 minit. Minggu sebelumnya, saya menghadiri temu duga serupa untuk subjek moral di tempat yang sama terletak kira-kira dua jam berjalan kaki dari rumah panjang mereka,” katanya.

Beliau berkata, temu duga berjalan lancar kecuali sambungan internet yang perlahan semasa sesi tersebut.

 “Keputusannya dijangka keluar dalam masa dua minggu. Saya yakin 70 peratus akan lulus temu duga itu,” ujarnya lagi.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Tambah baik pengurusan pusat khidmat DUN
Next: Golongan bekerja catat peratusan tertinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.