Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua individu melecur, rumah pekerja terbakar
  • KEBAKARAN

Dua individu melecur, rumah pekerja terbakar

Utusan Sarawak 3 weeks ago

BINTULU: Dua individu cedera akibat melecur dalam satu insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah pekerja di Jalan Tanjung Kidurong di sini, awal pagi tadi.

Mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 59 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang mengalami kecederaan melecur pada badan dan tangan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Mereka kemudiannya dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 4.42 pagi.

Susulan kejadian, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bersama sebuah tangki air dari BBP Bintulu dikejarkan ke lokasi, kira-kira tiga kilometer dari balai.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur tidak kekal berkeluasan kira-kira 60 x 30 kaki persegi yang musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.

Operasi pemadaman, menurut jurucakap bomba, dijalankan menggunakan satu aliran hose sepanjang 200 kaki dengan dua nozel serta pam jentera.

“Sumber air diperoleh dari tangki air BBP Bintulu memandangkan tiada pili bomba berhampiran.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 7.18 pagi,” jelas jurucakap bomba.

Katanya lagi, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Warga emas melecur, dua selamat dalam kebakaran di Bintulu
Next: Bangunan rumah kedai terbakar, tiada mangsa dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.