Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua individu ditahan terlibat sindiket keldai akaun, rugi RM46,460
  • JENAYAH

Dua individu ditahan terlibat sindiket keldai akaun, rugi RM46,460

Utusan Sarawak 6 hours ago
POLIS menahan dua individu termasuk seorang wanita kerana disyaki terbabit dalam sindiket keldai akaun yang menyebabkan kerugian berjumlah RM46,460. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita kerana disyaki terbabit dalam sindiket keldai akaun yang menyebabkan kerugian berjumlah RM46,460.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 42 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Samarahan, petang semalam.

“Siasatan awal mendapati suspek terlibat memperdaya mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon dengan menawarkan pelaburan tidak wujud yang mencecah lebih RM40,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mathew, kejadian dipercayai berlaku sejak 2023 dan tindakan pengesanan terhadap suspek dilakukan sejurus laporan dibuat oleh mangsa.

Tambahnya, tangkapan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan polis membanteras kegiatan sindiket keldai akaun yang sering menjadi medium utama jenayah penipuan dalam talian.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan, pinjaman atau keuntungan cepat yang diperoleh melalui media sosial atau aplikasi mesej,” tegas beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan secara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bau police make gambling arrest
Next: Dua lelaki ditahan cuba curi kabel bawah tanah di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.